Jumlah Paparan Halaman

Khamis, Disember 29, 2011

INFO CERGAS DAN SIHAT.......

Buah-buahan juga boleh dibuat sebagai snek yang lazat bagi menggantikan makanan ringan: Minum air setiap hari!!!! Ya.....rasanya sudah tidak lama update blog ini.Maklumlah tiada masa untuk berada di hadapan komputer,kalau ade masa pon buat kerja lain..haha..apa-apa sajalah. Baiklah,berbalik kepada tajuk kita tadi, di sini saya ingin berkongsi sedikit info yang agak penting dan boleh di jadikan sebagai peringatan untuk kekal sihat.Tajuk pertama yang paling penting ialah: Fungsi vitamin adalah sangat baik untuk cantik. 1.VITAMIN A :Bagus untuk mata. 2.VITAMIN B & ASID FOLIK :Khusus untuk pembentukan DNA dan penting untuk kesihatan kardiovaskular. 3.VITAMIN C :Menghalang kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan kunci utama untuk penyerapan zat besi oleh tubuh. 4. VITAMIN E SEMULAJADI :Membantu antioksidan menentang kerosakan yang disebabkan oleh tubuh. 5.ZAT BESI :Meransang pembentukan sel darah merah yang sihat. 6.KALSIUM,MAGNESIUM & VITAMIN D dapat membina tulang dan gigi yang kuat. INFO KE-2 MESTI KEKAL HIDRASI: Pernah bersenam dan berhajat untuk tidak minum air sama sekali???? Kalau mahu,cubalah.Anda harus bersedia untuk merasa kurang tenaga,mudah kejang di bahagian perut dan mungkin mahu duduk di satu sudut dan membengkokkan diri kerana tidak bermaya.Anda harus tahu yang tubuh kita terhasil daripda 65% hingga 70% air.Setiap hari, cuba fikirkan berapa banyak anda perlu pergi ke tandas untuk membuang air? Itu belum dikira jika anda berpeluh, meludah atau bersin. Tubuh sangat memerlukan air sepanjang hari untuk berfungsi dengan sempurna.Minumlah sekuang-kurangnya 1/2 berat kita dalam aun setiap hari untuk memastikan kita kekal hidrasi. Jadi,jagalah kesihatan anda dengan sebaiknya,kurangkan makanan yang boleh membahayakan kesihatan dan lebihkan makanan yang sihat dan paling utama banyakkan minum air mineral untuk kekal lebih sihat!!!! Banyak lagi info kesihatan yang akan saya kongsikan kepada anda pada keluaran yang akan datang...jadi teruskan setia bersama saya...RATU ENGLAND di facebook...