Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, September 17, 2011

Kebersihan dan kesihatan rambut.....

Abu Darda' meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda maksudnya: "Barang siapa mempunyai rambut hendaklah memuliakannya." (Riwayat Muslim) Rasulullah s.a.w menyuruh kaum muslimin menjaga rambut supaya kemas dan rapi menurut syariat Islam.Rasulullha tidak suka melihat orang yang membiarkan rambutnya kusut masai'tidak terurus dan mengerbang.Baginda menyamakan ornag yang tidak terurus rambutnyasma seperti syaitan.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik'Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Semasa Rasulullah s.a.w berada dalam masjid masuk seorang lelaki dengan janggutnya tidak terurus dan rambutnya mengerbang. Rasulullah s.a.w menunjukkan ke arah lelaki itu dengan isyarat tanganya seolah-olah baginda menyuruh dia memperbaiki rambut dan janggutnya.Lelaki tersebut pun pergi mengemaskan rambutnya dan kembali semula di hadapan Rasulullah s.a.w.Baginda bersabda: "Tidakkah ini lebih baik dibandingkan dengan seorang daripada kamu yang datang denagan kepala yang mengerbang rambutnya'seolah-olah seperti syaitan?" (Riwayat Muslim) Oleh itu'kita mestilah selalu mencuci rambut,menyikat dan meminyakkannya agar sentiasa bersih dan kemas.Disamping itu,potongan dan bentuknya juga hendaklah kemas dan senang dipandang mata,bukannya fesyen rambut orang rosak akhlaknya seperti 'PUNK'
(cara potongan orang barat),berekor dan sebagainya. Rambut yang tidak dijaga pula akan kotor,berbuah,berbau busuk dan berhabuk.Selain daripada itu,mereka yang tidak menjaga rambut juga akan dibenci oleh Allah S.W.T.Masyarakat juga akan menjauhi mereka dan jagalah rambut kita daripada terkena jangkitan kutu.Jadi jagalh rambut kita dengan sebaiknya dan terurus.