Jumlah Paparan Halaman

Ahad, Mei 01, 2011

Melihat visi melalui Vision Video.

Asslamualaikum,
           Rasa-rasanya sudah hampir setahun tidak membuat pautan di blog ini.Mahu tau kenapa?????.
           Saya sudah lama tidak membuatnya kerana ada masalah kesihatan yang begitu lama.Pada pertengahan tahun 2010 saya ada menjalani pembedahan Tulang Belakang.Tulang belakang saya mengalami masalah bengkok atau dikenali sebagai
"Scoliosis".Untuk mengetahui kisah selanjutnya???Sabar...saya akan masukkan hal in di  bahagian yang akan datang.

           Ok,kita pergi ke tajuk yang utama,iaitu VISI..
Setiap orang pasti mempunyai visi yang sangat tinggi untuk masa akan datang.Betul atau tidak???  Saya juga mempunyai visi yang tinggi...
Saya sentiasa membayangkan visi-visi saya.Saya berasa tidak puas apabila tidak melihat visi saya secara visual.
       Saya sentiasa mencari bagaimana mahu melihat impian saya akan datang.
Tiba-tiba tercetus sesuatu di dalam kepala saya untuk melakukannya,iaitu melalui dengan cara membuat Vision Video.Ini semua tercetus selepas saya mengikuti program GURU MUDA di sekolah.
      Guru Sukses yang menjadi inspirasi saya sehingga mencetuskan minda saya untuk melakukan vision video iaitu Cikgu Mohamad Bin Aspari.Dia suruh melakukannya dengan bermula melakukan VISION BOARD,kemudian dia berkata siapa kreatif lakukalah dengan video...jadi semenjak itulah saya bersemangat untuk melakukannya..apabila saya sudah melakukannya,saya berasa sangat puas dan mahu berusaha untuk mencapainya.Setip hari saya melihat VISI saya,setiap hari juga semangat saya semakin berkobar-kobar.

      Anda mahu melihat Vision Video saya,jom ikut..